Maaf ye rakan-rakan, Omiey sibuk lately ni...hehe..ok2..ni update and news terbaru dari Omiey ye..
Dengan kerjasama Dr. Nor Nazihah dr Jhan Pets, Omiey Home akan
mengadakan Open FREE Adoption day. Kami akan vaksinkan sebanyak yang
boleh kucing2 terbiar & serahan diluar sana & di shelter kami
bertempat di Shelter Omiey Home pada 28hb & 29hb April 2012 pada
pukul 11pagi - 5petang.
Kenapa perlu VAKSIN kucing kita :
- Merangsang sistem ketahanan / pelalian untuk jangka masa panjang
- Melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh
membawa MAUT
Anda semua dijemput utk dtg beramai2 kerana lebih dari 80 ekor kucing2 comel utk diberikan secara percuma & kaunter ...utk kepada yg ingin vaksin kucing2 anda boleh berbuat demikian. Kepada yg ingin menaja projek vaksin kucing2 terbiar & serahan ini:
Kepada yg ingin turut serta utk vaksin kucing2 kesayangan anda:
1. Vaksin + dewormed RM30(bayaran semasa vaksin nanti) 2. Vaksin shj RM25 3. Emailkan nama anda, no phone anda & jumlah kucing2 yg ingin divaksin ke omieyhome@yahoo.com