Wednesday 21 March 2012

Kucing dan kesihatan manusia




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini omiey nak kongsi dengan raka-rakan mengenai kesihatan. Kalau korang nak tahu, kucing banyak effect pada kesihatan manusia in a good ways. Kucing adalah satu agen pencegah penyakit secara semula jadi atau kata orang putih 'natural healer'. Beberapa kajian telah dibuat ye untuk menyokong hujah Omiey ni...ok..Jom kita lihat satu-persatu..

Cats Purr

    • Kalau ada yang tak tahu cats purr maca mana, pegi kat kucing korang..uasap kepada atau tengkuk dia. Bunyi macam motobot 2 la bunyi purr...hehe..Berdasarkan penyelidikan saintifik oleh Elizabeth von Muggenthaler,  pakar biocoustics di Fauna Communication Research Institude in North Carolina, bunyi dengung kucing adalah dalam julat frekuensi 25 hingga 40 kitaran sesaat (Hz). Apabila manusia didedahkan kepada frekuensi 20 hingga 50 Hz, kepadatan tulang manusia juga bertambah. Selain daripada itu, bunyi dengung kucing dapat melegakan kesakitan dan menyembuhkan otot...wow...
Jantung Manusia  


    • Kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai keberangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain.
 Awet Muda


    • Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai kucing peliharaan memberi anda tugas dan tanggungjawab baru iaitu menjaganya. Menjaga kucing bermaksud memberikan makan, membersihkan badan kucing anda, membuang najis, memberi keselesaan tempat tinggal dan beriadah bersamanya. Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga kucing anda sahaja kerana kebanyakkan pemilik kucing mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan ini. Ini secara langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan dalam masa yang sama.  

Anti-Body

    • Para pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah kerana persekitaran yang terlalu bersih dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan. Alahan terhadap kucing peliharaan antara pencetus serangan asma.  Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.


Buat masa ini, itu sahaja...Harap info uang Omiey kongsikan ni memberi manfaat pada semua...
Terimasih semua..mmeeeooooowwwwww

 Credit to...
http://www.ourhomeremedies.com/natural-cure/a-cat%E2%80%99s-purr-a-natural-way-to-heal-human/
http://zaicatzz.blogspot.com/2011/01/manfaat-mengasihi-kucing.html

No comments:

Post a Comment