Thursday 8 March 2012

Fakta-fakta Menarik Tentang Kucing

Fakta-Fakta Menarik Tentang Kucing


  • Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!. Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!. Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
  • Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.
  • Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Kucing adalah haiwan nokturnal,iaitu aktif diwaktu malam
  • Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
  • Kucing adalah haiwan jenis karnivor
  • Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depan mereka
  • Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine)
  • Aspirin boleh mendatangkan kematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu melarutkan enzim untuk metabolisme aspirin)
  • Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne)
  • Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus)
  • Kucing parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular
  • Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma
  • Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama julukan Turskish Swimming Cat
  • Nada E pada oktava keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach)
  • Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.
  • Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
  • Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)
  • Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati
  • Kita masih lagi di zaman Mesir kuno, sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung
  • Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan
  • Jangan korang tak tau kucing pun ada yang kidal juga tau
  • Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya
  • Kucing boleh lari sampai 50 km/jam
  • Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya
  • Kucing tidak mengiau kepada kucing sesuka hati yang kecuali pada waktu-waktu tertentu
  • Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri
  • Kucing tidak boleh berpeluh
  • Kucing boleh mendengar ferkuansi tinggi sampai 65 kHz
  • Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan perminit)
  • Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius
  • Kucing jantan boleh mulai mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan
  • Pemerintah terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)
  • Semua kucing lahir dengan mata biru
  • Keluarga kucing adalah salah salah satu mamalia tertua
  • Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast(Dewi Matahari Dan Peperangan) adalah ibu dari semua kucing
  • Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari negara Amerika. Di Asia, kucing hitam dianggap pembawa keberuntungan
  • Kucing dengan corak bulu calico dan tortoiseshell biasanya betina
  • Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap
  • Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap
  • Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan
  • Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain
  • Darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB
  • Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (bahasa inggeris)
  • Kucing punya lapisan bulu asli di bawah bulunya
  • Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya
  • Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade
  • Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya
  • Pada tahun 1888, 300000-an mumia kucing ditemukan di Beni Hasan, Mesir, dijual $18,43 perton, dikirim ke Inggeris untuk digiling dan dijadikan Bedak.

2 comments:

  1. salam,
    Saya ada memelihara kucing jantan. Saya bela dari berusia 3 minggu. Kami punya masalah, sekarang kami ada baby kecil tapi sekarang kucing kami ni sering kencing merata didalam rumah. Kami tinggal di apartment dan dia tidak pernah dibiar luar rumah. Masalah kami dah tak boleh handle dengan rumah sudah berbau. Dia sudah ingin mengawan tapi takut untuk keluar rumah. Masalah nya diamana saya nak hantar kucing saya ini. Saya tak sanggup nak biarkan dia tinggal liar di sekitar apartment atau merata tempat. Kalau ade tempat perlindungan kami sanggup bayar bulanan untuk makanan dia. Harap admin tolong kami. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. kami nk buang kucing kt tempat jagaan kucing..blh kasi alamat tempat x?

    ReplyDelete