Monday, 23 April 2012

next activities


Maaf ye rakan-rakan, Omiey sibuk lately ni...hehe..ok2..ni update and news terbaru dari Omiey ye..
Dengan kerjasama Dr. Nor Nazihah dr Jhan Pets, Omiey Home akan mengadakan Open FREE Adoption day. Kami akan vaksinkan sebanyak yang boleh kucing2 terbiar & serahan diluar sana & di shelter kami bertempat di Shelter Omiey Home pada 28hb & 29hb April 2012 pada pukul 11pagi - 5petang. 
Kenapa perlu VAKSIN kucing kita :
- Merangsang sistem ketahanan / pelalian untuk jangka masa panjang

- Melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh

  membawa MAUT

Anda semua dijemput utk dtg beramai2 kerana lebih dari 80 ekor kucing2 comel utk diberikan secara percuma & kaunter ...utk kepada yg ingin vaksin kucing2 anda boleh berbuat demikian.
Kepada yg ingin menaja projek vaksin kucing2 terbiar & serahan ini:

1. Seekor RM30 (vaksin + dewormed)
2. Cimb Omiey Home 12860001086059
3. Email omieyhome@yahoo.com

Kepada yg ingin turut serta utk vaksin kucing2 kesayangan anda:

1. Vaksin + dewormed RM30(bayaran semasa vaksin nanti)
2. Vaksin shj RM25
3. Emailkan nama anda, no phone anda & jumlah kucing2 yg ingin divaksin ke omieyhome@yahoo.com


Support us please!  

Friday, 23 March 2012

Misi Kemanusiaan 22hb mac 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni Omiey nak publishkan misi yang omiey buat semalam. 50 ekor kucing kat Pusat Kurungan Haiwan kat DBKL omiey dapat selamatkan...Kesian omiey tengok, semuanya macam tahu-tahu je omiey datang nak selamatkan diorang. Bersinar-sinar mata anak-anak bulus ini..hehe..Omiey happy dapat tolong diorang.... Ribuan terima kasih kepada admin Engku Ana Naomi, crew Mugiwaraboushi Kaizoku, Ju WahidShain Rashid & semua warga PJK. Syabas semua yg menaja kucing2 ini...









Terima kasih kepada semua yang membantu....mmeeooowwwwwww....

Wednesday, 21 March 2012

Kucing dan kesihatan manusia




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini omiey nak kongsi dengan raka-rakan mengenai kesihatan. Kalau korang nak tahu, kucing banyak effect pada kesihatan manusia in a good ways. Kucing adalah satu agen pencegah penyakit secara semula jadi atau kata orang putih 'natural healer'. Beberapa kajian telah dibuat ye untuk menyokong hujah Omiey ni...ok..Jom kita lihat satu-persatu..

Cats Purr

    • Kalau ada yang tak tahu cats purr maca mana, pegi kat kucing korang..uasap kepada atau tengkuk dia. Bunyi macam motobot 2 la bunyi purr...hehe..Berdasarkan penyelidikan saintifik oleh Elizabeth von Muggenthaler,  pakar biocoustics di Fauna Communication Research Institude in North Carolina, bunyi dengung kucing adalah dalam julat frekuensi 25 hingga 40 kitaran sesaat (Hz). Apabila manusia didedahkan kepada frekuensi 20 hingga 50 Hz, kepadatan tulang manusia juga bertambah. Selain daripada itu, bunyi dengung kucing dapat melegakan kesakitan dan menyembuhkan otot...wow...
Jantung Manusia  


    • Kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai keberangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain.
 Awet Muda


    • Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai kucing peliharaan memberi anda tugas dan tanggungjawab baru iaitu menjaganya. Menjaga kucing bermaksud memberikan makan, membersihkan badan kucing anda, membuang najis, memberi keselesaan tempat tinggal dan beriadah bersamanya. Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga kucing anda sahaja kerana kebanyakkan pemilik kucing mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan ini. Ini secara langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan dalam masa yang sama.  

Anti-Body

    • Para pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah kerana persekitaran yang terlalu bersih dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan. Alahan terhadap kucing peliharaan antara pencetus serangan asma.  Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.


Buat masa ini, itu sahaja...Harap info uang Omiey kongsikan ni memberi manfaat pada semua...
Terimasih semua..mmeeeooooowwwwww

 Credit to...
http://www.ourhomeremedies.com/natural-cure/a-cat%E2%80%99s-purr-a-natural-way-to-heal-human/
http://zaicatzz.blogspot.com/2011/01/manfaat-mengasihi-kucing.html

Saturday, 17 March 2012

The Best From Omiey...




Dah ada Hammock....Thanks to Mugiwaraboushi Kaizoku

Mega Adoption Drive

                Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang menyayangi haiwan..terutamanya kucing..10 dan 11 march lepas Omiey ada buat Mega Adoption Drive di Tesco Kepong.. Hari sabtu sadly x berapa menggalakkan....tapi omiey x putus asa....Hari ahad Omiey datang lagi..Bawa kucing yang chantek2..Alhamdulillah...Sebelum pukul 1pm, 10 ekor kucing berjaya di rehome kan.. Disebabkan itu, Omiey bergegas ke shelter..ambil kucing yang lain untuk di rehome...Bersyukur kepada Allah, separuh kucing dapat diberi keluarga baru..Terima Kasih kepada mereka yang telah membantu......Omiey sayang kamu semua...

TERIMA KASIH SEMUA...MMeeeeooowwwwwww.....

Thursday, 8 March 2012

MEGA Adoption Drive

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Omiey nak ajak semua pencinta haiwan datang beramai-ramai ke Tesco Kepong pada 10 - 11 March 2012..
Bermula dari pukul 10am-6pm..Insya Allah..

TERIMA KASIH SEMUA.... = ) 

Fakta-fakta Menarik Tentang Kucing

Fakta-Fakta Menarik Tentang Kucing


  • Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!. Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!. Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
  • Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.
  • Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Kucing adalah haiwan nokturnal,iaitu aktif diwaktu malam
  • Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
  • Kucing adalah haiwan jenis karnivor
  • Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depan mereka
  • Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine)
  • Aspirin boleh mendatangkan kematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu melarutkan enzim untuk metabolisme aspirin)
  • Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne)
  • Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus)
  • Kucing parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular
  • Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma
  • Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama julukan Turskish Swimming Cat
  • Nada E pada oktava keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach)
  • Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.
  • Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
  • Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)
  • Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati
  • Kita masih lagi di zaman Mesir kuno, sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung
  • Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan
  • Jangan korang tak tau kucing pun ada yang kidal juga tau
  • Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya
  • Kucing boleh lari sampai 50 km/jam
  • Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya
  • Kucing tidak mengiau kepada kucing sesuka hati yang kecuali pada waktu-waktu tertentu
  • Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri
  • Kucing tidak boleh berpeluh
  • Kucing boleh mendengar ferkuansi tinggi sampai 65 kHz
  • Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan perminit)
  • Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius
  • Kucing jantan boleh mulai mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan
  • Pemerintah terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)
  • Semua kucing lahir dengan mata biru
  • Keluarga kucing adalah salah salah satu mamalia tertua
  • Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast(Dewi Matahari Dan Peperangan) adalah ibu dari semua kucing
  • Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari negara Amerika. Di Asia, kucing hitam dianggap pembawa keberuntungan
  • Kucing dengan corak bulu calico dan tortoiseshell biasanya betina
  • Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap
  • Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap
  • Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan
  • Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain
  • Darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB
  • Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (bahasa inggeris)
  • Kucing punya lapisan bulu asli di bawah bulunya
  • Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya
  • Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade
  • Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya
  • Pada tahun 1888, 300000-an mumia kucing ditemukan di Beni Hasan, Mesir, dijual $18,43 perton, dikirim ke Inggeris untuk digiling dan dijadikan Bedak.

Seruan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Di sini Omiey ingin menyeru kepada rakan-rakan untuk membantu omiey melancarkan Misi Kemanusiaan bagi menyelamatkan kucing-kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL yang ke-3. Lebih dari 20 ekor kucing sedang menanti kita untuk diselamatkan dan kami berharap ramai yg ingin menaja utk misi kali ini.
RM50 ini termasuklah : 
  • Bayaran kepada DBKL
  • Perbelanjaan makanan
  • Rawatan di Shelter omiey seperti vaccine dan supplement lain.   

Utk menaja:
  1. Seekor RM50
  2. Bank in segera ke Cimb Omiey Home 
           12860001086059   
  3. Emailkan nama,tarikh dan masa(di resit)ke          
                      omieyhome@yahoo.com

Semoga tajaan anda menyelamatkan banyak nyawa kucing2 kesayangan Rasulullah S.A.W ini...Amin...
 
 

Wednesday, 7 March 2012

Mega Adoption Drive

Rabu - Ahad - 9malam - 2pagi
Uptown Danau Kota (tapak atas)

Ada byk kucing2 comel & anak2 kucing utk kami berikan secara percuma...Meh support kami kawan2 utk memberi rumah baru kpd kucing2 ini meooowwww .... Datanglah beramai-ramai... 

Sumbangan

Assalamualaikum, Omiey disini ingin menyeru rakan-rakan dan semua pencinta haiwan bagi membantu omiey dengan memberi sumbangan ikhlas bagi menampung pembelanjaan di Pusat Jagaan Kucing (Omiey Home). Berapa sahaja sumbangan anda omiey sangatlah hargai... Sumbangan anda boleh disalurkan ke :


Cimb Omiey Home - 12860001086059
 

Omiey di Buletin tv3

Last Sunday, Omiey masuk buletin tv3..hehe...ni la videonye...

Click :
omiey di buletin tv3

thanks to Tan Tengku Alam kerana mengeditkan video ini..

Feel free to watch...TERIMA KASIH SEMUA

Omiey Previous Activities

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pencinta haiwan.. First of all, omiey nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab masih setia menyokong segala usaha omiey untuk menyelamatkan kucing-kucing buangan..
Seperti yang sedia maklum, Omiey sedang menjalankan misi menyelamatkan kucing di pusat kurungan haiwan DBKL bagi mengelakkan mereka di "Put to sleep" (PTS) selamanya..Alhamdulillah, atas kerjasama orang ramai dalam menderma dan membantu Omiey, banyak kucing dapat omiey selamatkan.. Pusparani A/P THANABalasingam turut hadir bagi menjalankan misi menyelamatkan anjing-anjing di situ..






Thanuja ananthan ( Miss Malaysia 2009 - 2010) turut hadir dalam misi menyelamatkan kucing-kucing di sini.


TERIMA KASIH SEMUA..


MEGA Adoption Drive

Dalam usaha omiey menyelamatkan kucing-kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL, omiey telah melancarkan free adoption day besar-besaran pada 3 dan 4 March 2012. Bertempat di Tesco Kepong dan di Shelter Omiey sendiri.



 Alhamdulillah, banyak kucing berjaya di rehomekan..Kepada yang terlepas aktiviti ini, jangan risau.. Ada lagi..nantikan update dari Omiey yee....TERIMA KASIH SEMUA

Tuesday, 6 March 2012

Omiey is back u all

hey...omiey dah kembali...first of all omiey nak say sorry coz blog omiey yg dulu x update2..
ada sebab-sebab tertentu omiey tepaksa buat blog baru..harap u all boleh follow omiey disini...terima kasih...
insyaalah..omiey akan mengupdate info2 terkini omiey di sini sekerap yang mungkin.....TQ.....

Wednesday, 14 September 2011

Majlis Omiey

Omiey ingin menjemput anda..ye anda yg sedang baca nie utk memeriahkan booth PJK Cats For Free Adoption sempena hari Malaysia Jumaat ini.

Tempat : Uptown danau Kota (ada bendera di khemah Omiey)
Masa : 9.00 PM - 3.00 AM
Tarikh :
16hb September 2011 (Jumaat) Tema : Hari Malaysia

Harap semua dpt hadir bg memeriahkan majlis :)

10 Amazing Big Cats

10 - Bobcat
'





9 - Ocelot

8 - Caracal Cat

7 - Jaguarundi

6 - Marbled Cat

5 - Jaguar

4 - Snow Leopard

3 - Lion

2 - Cheetah

1 - Tiger
Semuanya nampak garang,gagah perkasa tapi cute....kan..kan..kan...

Thanks to http://listverse.com/2008/09/13/10-amazing-big-cats/

Mandikan Kucing

Salam...Hari ni Omie nak ajar macam mana nak mandikan kucing.. For kucing yang tak biasa mandi dan yang biasa mandi boleh gunakan cara ni. First of all..make sure shampoo..sikat kucing...air suam dalam stengah baldi dah siap sedia...Potong kuku dia dulu so that masa mandi tak la your kucing cakar...sakit..

Then,for kucing yang x biasa mandi....kenakan sikit2 air pakai tangan kat bulu dia...bg dia sebati dgn air tu..tak la dia terkejut...bila dia mcm meronta...nak senang...cekak blakang tengkuk dia...that is the best way....pastu make sure bulu dia rata dgn air..Pastu..Shampoo la dia...macam u all shampoo rambut...untuk kucing yang meronta tahap x boleh blah..hehe..and korang x boleh lepaskn cekak belakang tengkuk dia...korang boleh campurkan shampoo dengan air..just jirus je ikot keselesaan kucing..samada sikit2 or trus 1 gayung...tgk keadaan kucing...

Lepas shampoo..bilas...sampai bersih...lap dengan tuala bersih..sebaik2nya groom bulu dia pakai hair dryer...kalau xde..lap sampi kering...untuk kitten...kena cepat2 kering...nanti dia sejuk...demam plak..

lepas lap...bersihkan telinga dia...pakai cotton bud..Usually bila korang nk bersihkan telinga..mesti kaki belakang makhluk bebulu tu sibuk nak menggaru..teruskan membersih...jangan risau...

Lepas bersihkan telinga...DONE...kucing u all sudah bersih...

Kalau nak cara paling senang...Korang hantar grooming kat pet shop....hehehe

Wednesday, 17 August 2011

DONATION


Omiey Home ingin meminta sumbangan ikhlas dari anda bagi menampung perbelanjaan kucing-kucing di sini dan menyelamatan kucing jalanan. Kepada sesiapa yang ingin menderma, boleh bank in ke akaun bank admin :-

Nama          -    Norhazlin bt Ibrahim
Maybank     -   562553402447
CIMB         -   14060540697526

*Sebarang pertanyaan,boleh message ke inbox saya atau admin..Segala bentuk sumbangan adalah sangat kami hargai..TQ meeoowwww
 
________________________________________________________


Omiey Home is asking  for your help from your sincere to raise fund to finance the cats here and rescue street cats. For those who wish to donate, can do so by transferring money to the admin account :-

Name         -    Norhazlin bt Ibrahim
Maybank    -    562553402447
CIMB        -    14060540697526

*For inquiries, can message me or admin. All your contribution and help is appreciated. TQ   mmeeoowwww

Top 10 Most Beautiful Cat Breed

10th - Manx

Manx berasal daripada Isle of Main. Kucing ini aktif dan suka bermain. Yang bestnya..kucing ni sangat setia pada tuannya.. Ukuran badan lebih pendek dari kucing yang lain. Lehernya pendek. Mempunyai telinga dengan ukuran sedang.  Yang paling ketara…ekornya..manakah ekornya….

9th - American Shorthair

Kucing ni penyayang, gentle nature dan mempunyai struktur yang boleh dikatakan handsome bagi spesisi kucing. Walaupun related dengan baka British Shorthair, American Shorthair lebih panjang jangka hayatnya, fast leaner dan lebih bersifat athletic. American Shorthairs are amongst the healthiest and most energetic of breeds. 
 
8th - Chausie

Baka Chausie mesti jarang korang dengar kan..Omiey pun baru first time dengar. Actually, kucing baka ni adalah hasil combination dari baka kucing hutan dan kucing domestic. Unik kan…Motif baka ini dihasilkan adalah untuk member peluang kepada cat lovers untuk memiliki kucing secantik kucing hutan tetapi mempunyai sifat penyayang dan rapat dengan manusia..menarik betul…

7th - Turkish Angora

Paling ketara dan menarik tentang baka Turkish Angora adalah pada matanya. Warna matanya sebelah lain, dan sebelah lagi lain. Membiak di turk. Maybe sebab tu namanya Turkish2 gitu.

6th - Ragdoll

Ragdoll mempunyai 4 jenis warna iaitu biru,coklat,lilac dan ‘seal’. Baka  ini memiliki tubuh yang besar. Bagi kucing betina 5kg-7kg  dan kucing jantan adalah 6kg-10kg. Bahagian dadanya besar dan memiliki pinggul yang agak besar. Bulunya sederhana panjang. Semasa baru dilahirkan, ia akan berwarna putih. Selepas beberapa bulan barula aka nada warna tersendiri. Baka ini menjadi dewasa pada umur 3 tahun. Yang paling bestnya, kucing ini sangat rapat dengan manusia….

5th - Toyger

Toyger adalag sejenis baka yang ukurannya sedang-sedang. Bulu lebih kurang Bengal. Anti-body yang kuat. Telinga kecik jeee..bulat-bulat..hehe…Over all, kucing baka ni mempunyai struktur tulang yang padat dan seimbang..

4th - Persian

Kucing Parsi ni memang terkenal. Kalau ada org call Omiey Tanya pasal kucing. Mesti Tanya ‘ada Persian x?’..Terkenal macam mana pun, dia x dapat top 3. Top 5 je..OK…Kucing parsi adalah salah satu baka tertian didunia. Di import dari Parsi ke Itali pada tahun 1620. Kucing Parsi sesuai dijadikan ‘Indoor Cat’ sebab mudah kotor. Matanya mudah pedih sebab bulat dan besar. Sikapnya yang sweet,gentle, dan loving membuatkan dia sgt disayangi oleh cat lover.

3rd - Ashera

Ashera, salah satu breed yang terkenal sekarang ni.kiranya kalau dalam fashion baju. Breed ni one of the yang paling terkini la. Dikenali sebagai mini-leopard tapi dari hasil ujian DNA, kucing jenis ni daripada kucing Savannah. Mesti ada yang berminat nak bela kan. Boleh bela, tapi at least kena ada $22,000 bersepah depan mata. Kalau convert duit Malaysia tak tau la brapa kan..hang pa kira la sendiri. Breed ni sangan la pandai dan penyayang..

2nd - The Sand Cat

Sand Cat atau Felis Margarita ni tinggal kat padang pasir Afrika. Kucing comel ni dah pun didaftarkan sebagai haiwan terancam. So, memang haram la kan nk buru dia. Muka lebar, bulu tebal dan saiznya lebih kurang kucing domestic..Pendengar yang baik, bunyi halu-halus pn dia boleh dengar….

1st - Scottish Fold

Scottish Fold ni ada tiny little voice and sangat jarang gunakan suaranya. Telinga kucing jenis ni kecil dan berlipat. Awal2 dulu kucingl ni dipanggil FLOPS. Lepas dibiak-biakkan dengan sengajanya. Lekat la nama Scottish Fold Cat sampai sekarang. Kalau time tidur korang nak tau, bila kucing ni terlentang, kadang-kadang dia akan berdengkur mcm manusia..cutenye.....